HomeUtamaMahkamah Benarkan Injunksi Ad-Interim kepada AuMas

Mahkamah Benarkan Injunksi Ad-Interim kepada AuMas

Read Time:58 Second

TAWAU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan perintah injunksi ad-interim kepada AuMas Resources Berhad dan anak syarikat milik penuhnya, Wullersdorf Resources Sdn Bhd, berhubung tindakan undang-undang yang sedang berjalan terhadap Datuk Lo Fui Ming dan Southsea Gold Sdn Bhd.

Keputusan itu dibuat dalam prosiding secara dalam talian yang diadakan pagi ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh AuMas, perbicaraan hari ini sepatutnya bagi mendengar permohonan injunksi inter partes, namun pihak defendan gagal memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan syarikat tersebut.

“Walaupun tanpa dokumen balasan daripada pihak defendan, mahkamah telah meluluskan perintah injunksi ad-interim, sekali gus melanjutkan perintah injunksi ex-parte yang diberikan pada 29 Mei 2025,” menurut kenyataan itu.

Perintah interim ini akan kekal berkuat kuasa sehingga perbicaraan penuh inter partes diselesaikan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula pada 18 Jun 2025 bagi mengeluarkan arahan lanjut mengenai pemfailan afidavit dan penjadualan tarikh perbicaraan.

Menurut kenyataan itu lagi, syarikat menegaskan komitmennya untuk terus mengambil langkah-langkah undang-undang yang perlu bagi melindungi hak-haknya serta memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar dalam operasi perlombongannya.

Syarikat turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular