HomeUtamaPenjawat awam bebas tuduhan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii

Penjawat awam bebas tuduhan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii

Read Time:42 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam yang didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim membuat keputusan itu terhadap Supian Buang, 46, selepas memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Supian didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 24 tahun pada November 2022, kira-kira jam 3 petang di sebuah pejabat kerajaan dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun, serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 14 Januari lalu, pihak pendakwaan telah memanggil tiga orang saksi sebelum menutup kes pada 24 Februari.

Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert mengendalikan pendakwaan, manakala peguam Luke Ressa Balang mewakili tertuduh.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular