HomeUtamaTindakan tegas diambil terhadap platform media sosial sebar kandungan berbahaya - MCMC

Tindakan tegas diambil terhadap platform media sosial sebar kandungan berbahaya – MCMC

Read Time:49 Second

Cyberjaya : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa saluran dalam talian dikenal pasti telah menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman.

Kandungan-kandungan yang diterbitkan bukan sahaja mengelirukan orang awam, bahkan boleh melemahkan kepercayaan orang awam terhadap institusi awam sekali gus berpotensi menggugat ketenteraman awam.

MCMC telah melaksanakan pelbagai pendekatan, termasuk sesi rundingan dengan penyedia platform media sosial.

Namun, tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap yang tidak memuaskan, meskipun usaha berterusan telah dilakukan.

“Langkah bagi mengambil tindakan tegas itu adalah penting bagi memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan mematuhi kerangka perundangan sedia ada,” menurut kenyataan itu di sini pada Jumaat.

MCMC kekal komited dalam usaha melindungi orang awam daripada ancaman kandungan berbahaya dan ia adalah bagi memastikan internet menjadi ruang yang selamat, beretika dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular