HomeSukanLebih 1,300 atlet meriahkan SUIPTS

Lebih 1,300 atlet meriahkan SUIPTS

Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Lebih 1,300 atlet dari 19 buah kontinjen melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Sabah menyertai kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah di sini.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 12 Jun lalu itu mempertandingkan sebanyak 10 acara sukan termasuklah Badminton, Bola Jaring, Bola Tampar, Bola Sepak, Futsal, Olahraga, Sepak Takraw, Petanque, Catur dan E-Sports.

Mustapha menyerahkan cenderamata kepada kontinjen mewakili UMS

Majlis perasmian kejohanan dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di sini pada Sabtu.

Mustapha ketika ditemui berkata, penganjuran kejohanan itu diharap dapat melahirkan atlet-atlet yang akan mewakili Sabah ke peringkat sukan antara universiti di peringkat kebangsaan.

“Justeru kita berharap menerusi kejohanan ini kita akan dapat melatih atlet-atlet kita supaya bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Inter Asian University (IAU), di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

“Jadi ini saya fikir ini amat penting dan Insyaallah kita akan adakan ini setiap tahun. Sebab kita fikirkan ini adalah platform untuk kita menyatukan IPT di Sabah ini dalam konteks sukan,”katanya.

Hadir sama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk. Dr. Kasim Mansor; Timbalan Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Hanafiah Ayub; Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Md. Nor Abdul Halim; dan Naib Canselor University College Sabah Foundation, Datuk Dr. Rafiq Idris.

Dalam pada itu, Mustapha berkata,selain melahirkan tenaga mahir yang berkualiti, aktiviti sukan dan akademik juga mampu memberi pemikiran yang sihat dan berkualiti.

Katanya, budaya ini perlu dikembangkan kerana negara memerlukan tenaga mahir yang sihat selain menyumbang kepada negara dan negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan Kadayan Sarawak juara Kejohanan Golf Se-Borneo Ke-8

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular