HomeUtama12 presiden persatuan etnik terima anugerah peneraju etnik

12 presiden persatuan etnik terima anugerah peneraju etnik

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu: Seramai 12 presiden persatuan etnik di negeri ini menerima Anugerah Peneraju Etnik tahun 2025 sempena sambutan perayaan Hari Etnik Sabah kali kelima tahun ini.

Sambutan yang diadakan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu isterinya Toh Puan Faridah Tussin dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.

Antara yang menerima anugerah ialah Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA) Datuk Dr. Ewon Ebin; Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Masyarakat Tidung (PERTISA) Datuk Juslie Ajirol; Presiden Pertubuhan Bumis Bersatu (USBO) Datuk Salsidu Ibrahim; Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Abdul Latif Kandok dan Pengerusi Persatuan Kebudayaan Etnik Sukang Sabah (PEKESS) Abdul Rahman Bulinti.

Selain itu, turut menerima adalah Pengerusi Persatuan Etnik Molbog Tingkahan Tuoh; Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS) Mankinsos Nawai; Presiden Persatuan Kebudayaan dan Warisan Suluk Sandakan (PUSAKA) Hatta Sawabi; Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) Prof. Dr. Arsiah Bahron dan Presiden Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS) Abdul Karim Dakog

Turut menerima anugerah sama Pertubuhan Tindal Bersatu Sabah (USTO) James Baga dan Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) Muji Ampau.

Terdahulu, Christina ketika berucap berkata, penganjuran Majlis Hari Etnik 5.0 merupakan tanda penghargaan dan pengikhtirafan kepada badan-badan kebudayaan khususnya persatuan berasaskan etnik yang terus memelihara dan mengangkat adat, budaya dan warisan negeri.

Katanya, ini sejajar dengan usaha Kerajaan untuk memastikan warisan budaya  terus hidup dan diwarisi generasi akan datang.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri sekali lagi menzahirkan sokongan padu terhadap penganjuran majlis ini sebagai lambang komitmen berterusan dalam mengiktiraf dan menghargai kepelbagaian budaya ke arah pembangunan negeri yang progresif dan harmoni yang dimainkan oleh badan-badan kebudayaan di Sabah.

“Tema pada tahun ini, ‘Martabatkan Budaya Etnik Sabah Melalui Bahasa’, dipilih sebagai penegasan komitmen berterusan kita dalam memelihara dan memulihara kelestarian warisan budaya pelbagai etnik di negeri Sabah.

“Tema ini menyeru kita semua agar sentiasa menghormati, memartabatkan, dan menghayati tradisi serta budaya yang merupakan identiti dan kebanggaan rakyat negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular