HomeSukanPerkasa Padu FC juara karnival bola sepak 9 sebelah di Kapayan

Perkasa Padu FC juara karnival bola sepak 9 sebelah di Kapayan

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Perkasa Padu FC dari Kuala Penyu membuktikan keunggulan mereka apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara Karnival Bolasepak 9 Sebelah yang berlangsung meriah di Padang Ganang, Kapayan, di sini pada Ahad.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Exco Pemuda UPKO Pusat itu menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan hebat dari pelbagai daerah, termasuk GMD FC dari Kota Kinabalu yang berjaya merangkul Naib Juara, manakala tempat Ketiga Bersama disandang oleh Magazou KDMR.

Sebagai juara, Perkasa Padu FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, diikuti GMD FC dengan RM1,000, sementara kedua-dua pasukan tempat ketiga masing-masing menerima RM500.

Karnival ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan yang sihat, malah berjaya menyatukan belia dari pelbagai latar belakang melalui semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pemuda UPKO Pusat Felix Joseph Saang.

Objektif utama karnival itu juga adalah untuk memperkasa penyertaan belia dalam sukan, serta mencungkil bakat-bakat muda khususnya dalam sukan bola sepak yang sentiasa menjadi sukan pilihan rakyat Malaysia.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan Kadayan Sarawak juara Kejohanan Golf Se-Borneo Ke-8

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular