HomeUtamaDua Lelaki Ditembak Mati di Depan Pusat Beli-Belah di Cheras

Dua Lelaki Ditembak Mati di Depan Pusat Beli-Belah di Cheras

Read Time:58 Second

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut ditembak dalam kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 12.15 pagi, mangsa sedang menuju ke arah kenderaan mereka apabila sekumpulan lelaki bertopi keledar tiba-tiba menyerang dan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa rebah berlumuran darah sebelum kumpulan suspek melarikan diri menaiki sebuah Perodua Alza.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan IPD Cheras bersama Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi. Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi bagi mengenal pasti identiti penyerang.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam jarak kira-kira lima meter dari kenderaan mereka, dengan kesan tembakan pada bahagian badan dan kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baru-baru ini kejadian maut kerana tembakan turut berlaku di Brickfields pada Jumaat lalu yang mengorbankan seorang lelaki tempatan dan mencederakan dua lagi rakan.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, suspek menaiki motosikal dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelanggan yang sedang minum di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular