HomeUtamaPendedahan awal nutrisi penting bendung obesiti

Pendedahan awal nutrisi penting bendung obesiti

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Kesedaran awal terhadap nutrisi perlu didedahkan lebih awal bagi menangani masalah obesiti di negara ini selain membentuk tabiat pemakanan sihat yang berkekalan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pendedahan itu wajar dilaksanakan seawal dibangku sekolah berikutan pelbagai masalah kesihatan yang semakin membimbangkan.

“Masyarakat perlu diberi pendedahan lebih awal terhadap penjagaan pemakanan dan juga kesihatan selain melakukan gaya hidup sihat termasuk bersenam.

“Berdasarkan statistik, Malaysia sekarang ini dari segi obesiti adalah yang kedua di Asia Tenggara iaitu penggunaan gula yang tertinggi.

“Jadi kita perlu pastikan bahawa kita akan cuba mengurangkan penggunaan gula dan juga pemakanan yang tidak sihat ini untuk mengurangkan kadar obesiti di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Khamis.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Mustapha turut menegaskan bahawa pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat berkait rapat dengan pencapaian pembelajaran pelajar.

Katanya, nutrisi yang tidak mencukupi boleh menjejaskan fokus mereka dalam pembelajaran, sekaligus menyebabkan penurunan prestasi akademik, keletihan mental dan kurang motivasi belajar.

“Memang, sebenarnya dia berkait rapat. Dari segi pemakanan, gaya hidup sihat, prestasi pembelajaran kita, semuanya berkait. Kadang-kadang mereka tidak boleh fokus juga. Terlebih pun masalah juga. 

“Jadi cuma yang kita mahu supaya mahasiswa kita ini dapat mengamalkan gaya hidup sihat.  Sebab kalau mereka tidak mengamalkan hidup sihat, mereka akan lari fokus mereka dalam proses pembelajaran mereka,” katanya.

Program tahunan ini merupakan anjuran Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan pemakanan seimbang, seiring usaha kerajaan membentuk generasi lebih sihat dan produktif. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular