HomeUtamaTun Musa hadir majlis tahlil, doa selamat sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi...

Tun Musa hadir majlis tahlil, doa selamat sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkenan menghadiri Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Solat Hajat sempena sambutan ulang tahun kelahiran rasmi beliau yang ke-74 di Masjid Negeri di sini pada Khamis.

Majlis penuh berkat itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tanda penghormatan dan doa bersama untuk kesejahteraan Tun Musa dan kemakmuran negeri Sabah.

Majlis yang diadakan saban tahun ini bertujuan memohon keberkatan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT kepada Yang di-Pertua Negeri dalam memimpin negeri serta mendoakan kemakmuran berterusan bagi rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Tun Musa tiba di perkarangan Masjid Negeri kira-kira jam 6.15 petang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin dan disambut oleh para pemimpin negeri serta para jemputan kehormat yang hadir.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir. Shahelmy Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli Solat Sunat Hajat, sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Suhaidi Kuanting dan Mufti Kerajaan Negeri, SS Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Solat Isyak berjemaah dilangsungkan kira-kira jam 7.48 malam sebelum para tetamu dijamu dengan hidangan malam yang disediakan khas bagi meraikan keberangkatan TYT. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular