HomeUtama10,000 pelajar Sabah terima manfaat TPNS sejak dua tahun lalu

10,000 pelajar Sabah terima manfaat TPNS sejak dua tahun lalu

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 pelajar dari Sabah telah menerima manfaat menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sejak ia dilancarkan dua tahun lalu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah membelanjakan hampir RM13 juta setakat ini bagi membantu pelajar menampung yuran pengajian di universiti awam dan swasta seluruh negara.

“Ia membuktikan komitmen Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang sentiasa memberi keutamaan kepada sektor pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Karambunai di Dewan Reflesia, Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mohd Arifin turut memaklumkan bahawa beberapa lagi inisiatif pendidikan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Ketua Menteri.

“Antaranya, kerajaan memperkenalkan Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One-Off (SUKSES) sebanyak RM3,000 kepada setiap sekolah di Sabah bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan pembelian keperluan lain.

“SENTOSA pula merupakan sumbangan one-off sebanyak RM300 kepada setiap mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Sabah,” katanya.

Beliau turut menyatakan peningkatan peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM50 juta kepada RM125 juta, selain bantuan pendidikan lain seperti Biasiswa Yayasan Sabah dan inisiatif tambahan berjumlah RM74 juta.

“Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan kerajaan GRS yang diketuai Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir daripada arus pendidikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yakin Gagasan Rakyat Bahagian Karambunai mampu menyumbang kerusi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

“Kita lihat Ketua Bahagian, Datuk Arshad Idris sangat aktif turun padang menyelesaikan isu rakyat. Jadi semua ahli perlu bersiap sedia dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon GRS di DUN Karambunai,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular