HomeUtamaMelahirkan generasi celik cukai melalui HYTB di IPG Keningau

Melahirkan generasi celik cukai melalui HYTB di IPG Keningau

Read Time:1 Minute, 26 Second

KENINGAU: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) terus memperkukuh usaha memperkasakan pendidikan percukaian dengan menganjurkan Program HASIL Your Tax Buddy (HYTB) yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, pada Sabtu. (21 Jun)

Sesi bergambar kenangan bersama-sama dengan para peserta Program HYTB di IPG Keningau.

Program anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) itu merupakan platform holistik yang menyasarkan pembentukan generasi muda celik cukai, bertanggungjawab dan berintegriti.

HYTB yang kini memasuki tahun kelima penganjurannya, menarik penyertaan seramai 100 pelajar IPG Kampus Keningau sebagai tuan rumah bagi siri kedua tahun ini.

Majlis penutupan disempurnakan Pengarah Jabatan Khidmat Korporat HASIL, Shahrul Niza Bishahrin. Turut hadir, Pengarah IPG Kampus Keningau, Doti Asing dan Pengarah Negeri HASIL Sabah, Datin Dayang Halimah Awang Ahmad.

Shahrul Niza (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datin Dayang Halimah sambil diperhati oleh Pengarah IPGM Kampus Keningau, Doti Asing (kanan).

Program itu menampilkan dua segmen utama iaitu HASIL Pocket Talk dan HASIL Taxplorace yang direka secara kreatif dan interaktif bagi menyampaikan ilmu percukaian dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami oleh golongan muda.

Dalam ucapannya, Shahrul Niza berkata program berkenaan bukan sahaja menjadi platform pendidikan, malah turut menyemai kesedaran sivik dan nilai tanggungjawab dalam kalangan peserta.

“Ini selari dengan aspirasi negara untuk memperkukuh tahap pematuhan cukai secara sukarela, di samping memperluas kefahaman mengenai peranan cukai dalam pembangunan negara,” katanya.

Tambahnya, penerapan budaya kesedaran cukai secara berterusan melalui sistem pendidikan akan membentuk masyarakat yang lebih cakna terhadap tanggungjawab fiskal dan menyokong agenda pembangunan negara.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan menerusi:

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular