HomeUtamaPM Anwar ucap takziah kepada Premier  Sarawak atas pemergian isteri

PM Anwar ucap takziah kepada Premier  Sarawak atas pemergian isteri

Read Time:48 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan  takziah kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, awal pagi ini.

Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata beliau dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berduka menerima khabar pemergian Allahyarham.

“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah, terutama buat Abang Jo (Abang Johari) yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini. Al-Fatihah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mendoakan agar roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.

Juma’ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada 3.34 pagi.

Allahyarham merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.

Upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Masjid Jamek Negeri pada 10 pagi hingga 12 tengah hari ini, sebelum pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular