HomeUtamaDua ADUN Sabah, ahli perniagaan bakal didakwa 30 Jun ini – SPRM

Dua ADUN Sabah, ahli perniagaan bakal didakwa 30 Jun ini – SPRM

Read Time:49 Second

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei akan didakwa di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini, berhubung kes rasuah membabitkan isu lesen cari gali di negeri itu.

Menurut Azam, kesemua individu terbabit akan dituduh di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM 2009, dan keputusan untuk pendakwaan telah disahkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM. Individu lain atau tangkapan baharu saya tidak boleh jawab.

“Setakat ini Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka dan ia bergantung kepada keputusan beliau,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM turut mengesahkan bahawa individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah tidak dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, sekaligus menolak spekulasi bahawa individu terbabit tampil sebagai whistleblower dalam kes berprofil tinggi ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular