HomeIsu tempatanSK Kepayan, SMK St Joseph Papar wakili Sabah ke FERAS peringkat Kebangsaan

SK Kepayan, SMK St Joseph Papar wakili Sabah ke FERAS peringkat Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Kumpulan Cantabayu Recorder Consort dan kumpulan Voice of Josephian Choir masing-masing mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Papar akan mewakili Sabah ke Festival Rancak Seni (FERAS) peringkat Kebangsaan Julai ini.

Kedua-dua kumpulan itu berjaya muncul johan pada FERAS peringkat negeri Sabah masing-masing bagi pertandingan Ensembel Rekoder dan Genderang dan pertandingan Koir yang berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Kumpulan Cantabayu Recorder Consort muncul johan pertandingan Ensembel Rekoder dan Genderang

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran.

Arif ketika ditemui berkata, program kesenian itu dilihat mampu membentuk sahsiah dan emosi pelajar terlibat selain kemenjadian pelajar juga boleh dibentuk.

“Menerusi penganjuran program seperti ini, kita mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berkeyakinan bagi mengikuti pertandingan yang kita ceburi dan inilah antara platform yang baik khususnya untuk pelajar-pelajar kita mempersiapkan diri mereka di dalam segi semua pertandingan,” katanya.

kumpulan Voice of Josephian Choir muncul johan pertandingan Koir

Menurutnya, para pelajar yang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan turut digesa untuk memberi keutamaan kepada seni budaya negeri ini.

“Kita yakin dengan kebudayaan yang ada,  kesenian yang ada yang dipupuk oleh guru-guru kepada pelajar-pelajar sudah tentu keyakinan mereka untuk bertanding juga akan lebih baik,” katanya.

Pada pertandingan itu, SK Sungai Nafas Beluran dinobatkan naib johan dan ketika dimenangi SK Penampang bagi pertandingan Ensembel Rekoder dan Genderang.

Manakala naib johan bagi pertandingan koir dimenangi SMK Tombulion Kota Belud dan ketiga dimenangi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ken Hwa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mahasiswa UMS terapkan inovasi dan kelestarian alam dengan pelajar sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular