HomeUtamaCuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat mulai hari ini hingga 1...

Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat mulai hari ini hingga 1 Julai – MetMalaysia

Read Time:32 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca panas dan kurang hujan boleh berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara bermula hari ini hingga 1 Julai.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 35 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan hari ini. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular