HomeUtamaKes bunuh warga asing di Silabukan, dua Individu ditahan

Kes bunuh warga asing di Silabukan, dua Individu ditahan

Read Time:53 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis Lahad Datu sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh melibatkan lelaki warga asing yang ditemui mati di sebuah rumah dalam kawasan kebun kelapa sawit di Ulu Segangan, Silabukan, di sini kelmarin.

Mangsa, seorang lelaki berumur 23 tahun, ditemukan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan di bahagian belakang badan yang dipercayai akibat tikaman senjata tajam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah berjaya menahan dua individu warga asing.

“Dua yang ditahan iaitu seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 29 tahun pada hari yang sama bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan di Hospital Lahad Datu.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif kejadian.

RELATED ARTICLES
Utama

Persatuan Alumni KTYS terus aktif perkasa peranan bekas pelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular