HomePolitikSiapa Bercakap Benar Dalam Laporan Media Babit Rasuah Lesen Perlombongan

Siapa Bercakap Benar Dalam Laporan Media Babit Rasuah Lesen Perlombongan

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU, – Timbul persoalan mengenai siapa yang sebenarnya bercakap benar dalam kemelut dakwaan rasuah berkaitan permohonan lesen perlombongan di Sabah, susulan penyiaran satu rakaman video wawancara bersama seorang ahli perniagaan oleh satu laman portal Online kira-kira dua minggu lalu.

Dalam video tersebut, ahli perniagaan terbabit mendakwa dirinya telah ditekan untuk mengaitkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari UMNO Sabah, Parti STAR dan PBS.

“Dia minta saya heret orang, menganiaya orang. Jadi saya tengok, eh, tak boleh ni. Macam mana saya sebut benda yang tak berlaku? Tak benar, kan?” ujar ahli perniagaan itu, yang dipercayai merujuk kepada individu tertentu yang didakwa cuba memanipulasi kenyataan beliau.

Namun begitu, percanggahan ketara timbul apabila portal yang sama turut melaporkan mereka menerima senarai enam nama pemimpin politik yang didakwa terlibat dalam skandal perlombongan. Laporan itu disiarkan ketika desas-desus tersebar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa tiga individu dalam masa terdekat.

Seorang pengguna media sosial yang turut membangkitkan laporan berkenaan :-

@anty.dhona Bandingkan percakapan Albert Tei dengan berita yang disiarkan oleh platform berita yg sama. Boleh percaya kah orang begini? #AlbertTeiPenyamun ♬ original sound – Anty Dhona

Antara yang dinamakan dalam laporan tersebut ialah Presiden Parti STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; dua timbalannya, Datuk Ellron Alfred Angin dan Datuk Robert Tawik; serta Pemangku Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Turut dinamakan ialah bekas Presiden PBS, Tan Sri Dr Maximus Ongkili, dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Jahid Jahim.

Percanggahan antara kandungan wawancara dan laporan berita yang diterbitkan oleh portal sama ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemerhati politik dan rakyat Sabah.

Seorang pemerhati awam berkata, “Kalau benar wujud tekanan untuk mengaitkan nama-nama tertentu, mengapa portal yang sama pula melaporkan mereka terlibat? Ini menimbulkan persoalan besar mengenai motif sebenar di sebalik tuduhan yang dilemparkan.”

Pertuduhan Rasuah Difailkan di Mahkamah

Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, Tei Jiann Cheing – atau lebih dikenali sebagai Albert Tei – hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dua pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM350,000 kepada dua wakil rakyat Sabah hari ini.

Pertuduhan mendakwa Tei, 37, memberikan suapan RM200,000 dan RM150,000 kepada Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Datuk Yusof Yacob sebagai dorongan untuk membantu menguruskan permohonan Prospecting License bagi pencarian mineral di Sabah melibatkan dua buah syarikat.

Ketiga-tiga tertuduh, termasuk kedua-dua Adun tersebut, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga.

Kesemua pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular