HomeUtamaGRS fokus agenda pembangunan Sabah - Nizam

GRS fokus agenda pembangunan Sabah – Nizam

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus komited melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat, dan tidak akan terganggu dengan permainan atau kenyataan politik yang timbul dari mana-mana pihak.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, menegaskan bahawa fokus utama kerajaan negeri ketika ini adalah untuk merealisasikan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), yang dirangka demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

“Kerajaan negeri fokus untuk mencapai apa juga yang sudah dirancang khususnya dalam pelan pembangunan Sabah Maju Jaya ini. Isu-isu politik tidak akan mengganggu fokus dan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Nizam berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kursus Transformasi Teknologi Tanaman Durian di Dewan Sri Tawau, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, yang memaklumkan parti itu sedang mempertimbangkan kerjasama dengan GRS berikutan isu melibatkan beberapa pemimpin dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Menurut Nizam, walaupun kenyataan sedemikian adalah hak mana-mana pihak, semua orang harus menghormati prinsip keadilan dan tidak membuat kesimpulan terhadap seseorang sebelum keputusan mahkamah dibuat.

“Selagi seseorang itu belum dibuktikan bersalah, kita tidak boleh kaitkan mereka seolah-olah bersalah. Kita percaya kepada sistem keadilan di negara ini.

“Sekarang pun, kalau dikatakan mereka yang terlibat dalam isu yang menyalahi undang-undang, mereka kini berada bersama mereka. Semua parti pun menghadapi cabaran masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor tidak goyah dalam meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat meskipun berdepan dengan pelbagai tekanan politik.

“Fokus kita jelas iaitu untuk membangunkan negeri dan memastikan rakyat terus menikmati hasil pembangunan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular