HomeUtamaTumbuk kakak sebab ditegur menjerit, lelaki dipenjara 12 bulan

Tumbuk kakak sebab ditegur menjerit, lelaki dipenjara 12 bulan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Hanya kerana ditegur supaya diam, seorang lelaki bertindak ganas menumbuk kepala kakaknya serta mencekik leher sebelum menghempas tangannya ke pintu jeriji rumah.

Akibat perbuatan itu, Ridzuan Roslan, 29, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Ridzuan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Ridzuan yang merupakan penganggur telah menyebabkan kecederaan terhadap kakaknya berusia 31 tahun pada 27 April lalu di sebuah rumah di Cyber City Apartment, Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca apabila mangsa menegur tertuduh supaya diam kerana dia menjerit-jerit di dalam rumah.

Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan teguran itu bertindak menumbuk bahagian kanan kepala mangsa serta mencekik lehernya, sehingga mangsa mengalami kesan lebam. Tertuduh turut menarik tangan kiri mangsa dan menghempasnya ke pintu jeriji (grill) rumah.

Selepas itu, tertuduh berlari ke arah kenderaan mangsa dan memecahkan cermin hadapan menggunakan helmet.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia masih bujang dan tidak bekerja.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular