HomeUtamaLelaki Terselamat Ditembak Ketika Tunggu Anak di Hadapan Sekolah

Lelaki Terselamat Ditembak Ketika Tunggu Anak di Hadapan Sekolah

Read Time:43 Second

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dilaporkan terselamat selepas pikap yang dinaikinya ditembak oleh individu tidak dikenali berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah apabila kenderaannya dihampiri suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin sisi pemandu sebelum melarikan diri.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan motif serangan masih belum diketahui.

Beberapa keping gambar kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kerosakan pada cermin hadapan dan sisi kenderaan mangsa dipercayai akibat tembakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek serta motif sebenar kejadian.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular