HomeUtamaLelaki pecah masuk firma guaman dipenjara 7 tahun, 2 sebatan

Lelaki pecah masuk firma guaman dipenjara 7 tahun, 2 sebatan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan kerana menceroboh masuk ke sebuah firma guaman tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Julian Said, 37, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kedua hendaklah dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Julian mengaku telah memecah masuk ke firma guaman berkenaan yang terletak di Jalan Sang Kancil pada 21 Februari 2024.

Fakta kes menyatakan bahawa pengadu menerima panggilan telefon dari rakan sekerja yang memaklumkan bahawa firma tersebut telah dipecah masuk.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah peti besi yang mengandungi wang tunai RM200, 000 beserta barang kemas telah hilang.

Pasukan forensik telah pergi ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan hasil siasatan mendapati bahawa Julian adalah individu yang telah menceroboh masuk ke premis tersebut berdasarkan penemuan cap jarinya di lokasi kejadian.

Semasa rayuan, tertuduh yang diwakili oleh peguam Lim Chun Yuen, meminta hukuman ringan memandangkan dia adalah satu-satunya pencari nafkah yang menyara ibunya yang sudah tua dan merupakan seorang duda yang turut menyara anak perempuannya.

Sementara itu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga kepada masyarakat, memandangkan kes ini telah memberi kesan trauma kepada pengadu serta menjejaskan firma guamannya, selain melibatkan kerugian wang tunai yang besar.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular