HomeUtamaPengurus Kanan Syarikat GLC ditahan berhubung rasuah

Pengurus Kanan Syarikat GLC ditahan berhubung rasuah

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini ditahan berhubung kes rasuah melibatkan RM16,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan suspek lelaki berusia sekitar 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM Sabah, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah tersebut sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja di bawah syarikatnya bekerja.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2024 dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM16,000.

“Suspek dipercayai telah menerima suapan secara transaksi pindahan ke akaun bank miliknya secara berperingkat sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di bawah GLC tersebut di sekitar negeri Sabah,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy yang mengesahkan tangkapan itu berkata, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah esok bagi permohonan reman.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular