HomeUtamaBekas pembantu jualan dipenjara setahun, 3 sebatan kerana pecah amanah RM10,550

Bekas pembantu jualan dipenjara setahun, 3 sebatan kerana pecah amanah RM10,550

Read Time:1 Minute, 7 Second

TAWAU: Seorang bekas pembantu jualan dijatuhi hukuman penjara setahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang tunai syarikat berjumlah RM10,550 bulan lalu.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap Fadhil Salleh Kasim, 36, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, Fadhil yang ketika itu bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasaraya di Semporna, telah mengambil wang tunai berjumlah RM10,550 daripada peti besi syarikat tanpa kebenaran pada 7 Jun 2025, sekitar jam 7.30 malam.

Perbuatan itu disifatkan melanggar kontrak dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya, sekaligus menjadikan dia bersalah di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah oleh seorang pekerja.

Berdasarkan fakta kes, pengurus syarikat menyedari kehilangan wang tersebut pada 12 Jun 2025 selepas melakukan semakan terhadap wang petty cash dan hanya menemui baki RM9,450 daripada jumlah sepatutnya RM20,000.

Siasatan lanjut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tertuduh mengambil wang tersebut tanpa pengetahuan syarikat. Malah, hanya pengadu dan tertuduh sahaja yang memiliki kunci peti besi berkenaan.

Tertuduh ditahan polis pada 18 Jun 2025 dan turut dirampas tiga anak kunci peti besi daripada simpanannya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 18 Jun 2025.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular