HomeUtamaLebih 5,000 hadir Sabah Berselawat 2025 - Semarakkan cinta umat Islam kepada...

Lebih 5,000 hadir Sabah Berselawat 2025 – Semarakkan cinta umat Islam kepada Rasulullah S.A.W

Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Lebih 5,000 umat Islam di daerah ini hadir memeriahkan program Sabah Berselawat 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Tawau, malam tadi.

Program anjuran SABAHfm dengan kerjasama Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) itu mendapat sambutan daripada masyarakat setempat bersama-sama mengalunkan selawat sebagai tanda cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia, Nasaruddin Abdul Mutalib (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Nizam. – Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata

Majlis penuh bermakna itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam ucapannya, Hajijj menyeru umat Islam agar menjadikan peribadi dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai panduan dalam kehidupan harian.

Beliau berkata, peristiwa hijrah Rasulullah dari Makkah ke Madinah merupakan detik bersejarah yang bukan sahaja menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar, tetapi turut memperkenalkan konsep perpaduan dalam kepelbagaian yang amat relevan dalam konteks hari ini.

“Berselawat bukan sahaja mendekatkan kita kepada Rasulullah S.A.W, bahkan mendidik jiwa dan akal untuk menjadi insan yang bersyukur serta berakhlak mulia,” katanya.

Hadir sama pada program itu ialah, Datin Wahida Mardiana Norsalim
Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) dan Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali.

Turut memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi; ADUN Balung, Datuk Hamild Awang; ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal dan ADUN Sebatik, Datuk Hassan A. Gani Pg Amir.

Antara penceramah yang terlibat Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud; Ustaz Amirul Amin, Kumpulan Hijjaz, Hafiz Hamidun dan kumpulan selawat pelajar tahfiz Madrasah Ad Diniah Ar Rahmaniah Tawau.

Kumpulan Hijaz mempersembahkan lagu nasyid mereka. – Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata

Menurut Hajiji, program tersebut harus diperluaskan ke daerah-daerah lain sebagai usaha berterusan mendekatkan masyarakat dengan ajaran Islam dan memperkukuh semangat perpaduan.

Katanya, kerajaan negeri juga menyatakan komitmen penuh untuk menyokong program seumpama ini termasuk dari segi peruntukan kewangan dan kerjasama strategik dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi pelaksanaan program keagamaan pada masa akan datang.lan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) dan Pengarah Penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali.

Hajiji berkata, program Sabah Berselawat ini membuktikan sambutan Maal Hijrah bukan sekadar satu acara tahunan, tetapi wadah untuk umat Islam menzahirkan rasa kasih, rindu dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta menghidupkan sunnah dan perjuangan Baginda dalam membentuk masyarakat harmoni yang dirahmati Allah SWT.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular