Membakut : Seramai 70 peserta telah menyertai Perkampungan Khattat Sedunia sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia di sini pada Jumaat.
Perkampungan yang berlangsung di Dewan Kesenian Islam di sini turut disertai dari Malaysia termasuklah dari Thailand; Brunei dan Indonesia.

Acara itu turut melibatkan tokoh khas dunia antaranya tokoh khat dari Qatar, Indonesia, Brunei dan Thailand termasuk tuan rumah Malaysia.
Selain itu, perkampungan khattat itu turut diisi dengan bengkel, ceramah dan praktikal khat selain penganjuran khat spontan peringkat borneo dan Nusantara.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif turut meluangkan masa melihat para peserta yang turut serta pada perkampungan khattat.