HomeUtamaWarga asing didakwa bunuh lelaki tempatan mengaku tidak bersalah

Warga asing didakwa bunuh lelaki tempatan mengaku tidak bersalah

Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga asing yang sebelum ini diburu polis berhubung kes pembunuhan warga tempatan di Keningau, didakwa di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Abdul Razak Amri, 40, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu ketika dihadapkan di hadapan hakim Datuk Celestina Steul Galid.

Abdul Razak didakwa membunuh seorang lelaki Mohd Yusof Peyong, 58, di Jalan Lingkudau, Taman Juta, Keningau, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam pada 19 September 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan reman sehingga kes selesai.

Abdul Razak diwakili peguam Korventt Wheezar E. Jomiji.

LINK BERITA TERDAHULU: https://sabahmedia.com/2024/09/20/polis-keningau-buru-suspek-terlibat-kes-bunuh/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2024/09/20/pemandu-teksi-maut-ditetak-berpunca-tidak-puas-hati-cemburu/

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular