HomeUtamaKerani akaun didakwa pecah amanah

Kerani akaun didakwa pecah amanah

Read Time:55 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah.

Brandon Ng Jia Lie membuat pengakuan itu di hadapan tiga hakim yang berbeza.

Bagi kes pertama, Brandon yang dibawa di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim didakwa menunaikan lima keping cek milik syarikat berjumlah RM32,719.60 antara 3 Februari hingga 27 Julai 2023.

Bagi kes kedua, di hadapan hakim Elsie Primus, Brandon didakwa menunaikan lapan keping cek daripada syarikat sama dengan jumlah keseluruhan RM64, 169. 26 antara 29 Februari hingga 29 Disember 2022.

Bagi kes ketiga pula, di hadapan hakim Hurman Hussain, Brandon dituduh menunaikan dua keping cek bernilai RM6,462.50 milik syarikat sama antara 16 November hingga 31 Disember 2021.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di sini dan cek-cek berkenaan dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank milik tertuduh sendiri.

Mahkamah menetapkan 12 Ogos depan untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Brandon dibenarkan diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan dua penjamin tempatan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Persatuan Alumni KTYS terus aktif perkasa peranan bekas pelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular