HomeUtamaKerajaan terus perkasa kebajikan nelayan melalui inisiatif LKIM

Kerajaan terus perkasa kebajikan nelayan melalui inisiatif LKIM

Read Time:2 Minute, 8 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan nelayan terus terbela diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Arthur (tiga dari kiri) menyerahkan bantuan untuk pembangunan fasilit perikanan komuniti nelayan. – Foto Sabah Media/ Sitti Nor Azizah Talata

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, antara inisiatif utama ialah pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan, yang kini memberi manfaat kepada lebih 38,000 nelayan di seluruh negara, termasuk seramai 7,496 nelayan di Sabah.

“Skim subsidi diesel dan petrol yang bermula sejak tahun 2006 juga masih diteruskan hingga ke hari ini. Bagi tahun ini sahaja, seramai 5,600 nelayan di Sabah menikmati subsidi harga bahan api pada kadar RM1.65 seliter,” katanya dalam ucapan perasmian program Road to Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di perkaran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini semalam.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Pengerusi Pertubuhan Peladang, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Loh Su Fui.

Arthur berkata, selain bantuan sara hidup dan subsidi bahan api, pelbagai program turut dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti serta taraf hidup nelayan, khususnya dalam kalangan kumpulan B40.

Katanya, di Tawau, seramai 34 penerima telah mendapat manfaat melalui peruntukan sebanyak RM450,000 yang merangkumi bantuan seperti pukat, tong insulasi dan jaket keselamatan.

“Selain itu, di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) pula, LKIM telah menyalurkan RM2 juta ke Sabah bagi membaikpulih rumah nelayan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM300,000 diperuntukkan untuk Tawau, memberikan manfaat kepada 15 keluarga.

“Melalui projek ini, kita harap keluarga nelayan dapat hidup dalam kediaman yang lebih selesa dan kondusif,” tambah beliau lagi.

Bagi pembangunan fasiliti komuniti pula, jelasnya, sebanyak lima buah bangsal dan titian nelayan telah dibaikpulih di Sabah, termasuk sebuah bangsal di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau, dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM250,000.

Sementara itu, katanya, Skim Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (TBBAKN) telah memberi manfaat kepada 74 orang nelayan di Sabah sehingga Mei 2025, dengan jumlah bantuan mencecah RM99,650.

“Skim ini bertujuan untuk memberikan bantuan segera kepada nelayan yang mengalami kemalangan, kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

“Semua inisiatif ini adalah bukti bahawa kerajaan amat menghargai usaha dan pengorbanan para nelayan, serta beriltizam untuk terus memajukan industri perikanan negara demi menjamin sekuriti makanan negara,” ujar beliau.

Penganjuran HPPK di Tawau menjadi pembuka tirai kepada acara kemuncak HPPNK 2025 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu dan dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular