HomeUtamaDUN Sabah : JPS kemuka semula permohonan Projek Tebatan Banjir Sungai Pegalan

DUN Sabah : JPS kemuka semula permohonan Projek Tebatan Banjir Sungai Pegalan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KENINGAU : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah akan mengemukakan semula permohonan peruntukan bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pegalan, Lembangan Sungai Pegalan, Keningau.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, permohonan itu akan dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Beliau berkata, projek itu bertujuan bagi mengurangkan kejadian banjir yang sering melanda kawasan Kampung Ansip, Sook, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang berdepan masalah banjir berulang sejak sekian lama.

“Permohonan peruntukan projek berkenaan sebelum ini telah dikemukakan menerusi Rolling Plan Pertama (RP1) dan Rolling Plan Kedua (RP2) RMKe-13 di bawah peruntukan Persekutuan hasil kerjasama antara JPS Sabah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

“Namun begitu, projek tersebut tidak tersenarai dalam senarai pendek permohonan untuk dibawa ke Kementerian Ekonomi. JPS Sabah akan mengemukakan semula permohonan peruntukan ini pada Rolling Plan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (BN-Sook) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Ruslan berkata, projek itu dijangka mengambil masa lima tahun untuk dilaksanakan melibatkan skop perkhidmatan perunding dan kerja fizikal sekiranya peruntukan diluluskan.

Beliau berkaya, langkah jangka pendek telah dilaksanakan bagi menangani masalah banjir di Kampung Ansip sementara menunggu kelulusan projek berskala besar itu dimulakan.

“Antaranya ialah kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran bagi memastikan kelancaran aliran air banjir selain mempercepatkan pengaliran keluar air semasa paras Sungai Pegalan surut.

“Kerja berskala kecil yang telah dilaksanakan termasuk Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Kampung Ansip Pagalungan, Keningau yang telah disiapkan pada Ogos 2023,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan Sime Darby Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular