HomeUtama65 warga asing ditahan dalam operasi JIM Sabah

65 warga asing ditahan dalam operasi JIM Sabah

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Seramai 65 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah melalui dua operasi berasingan di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

JIM Sabah dalam satu kenyataan berkata warga asing tersebut ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Di Lahad Datu, seramai 69 individu diperiksa dalam Ops Sapu dan 50 daripadanya merupakan warga asing.

“Warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 11 lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan 12 kanak-kanak perempuan yang merupakan warga Filipina. Manakala warga Indonesia melibatkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan,” katanya.

Sementara itu di Kota Kinabalu, operasi Ops Mahir dan Ops Sapu yang dilaksanakan telah memeriksa seramai 41 individu.

“Seramai 15 warga asing telah ditahan terdiri warga Filipina iaitu dua lelaki dewasa dan lapan perempuan dewasa. Manakala warga China terdiri daripada lima lelaki dewasa,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, JIM Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kg Apin-Apin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular