HomeUtamaDoktor dan pasangan dikenakan sogit RM15,000 langar adat

Doktor dan pasangan dikenakan sogit RM15,000 langar adat

Read Time:1 Minute, 38 Second

KENINGAU: Seorang doktor lelaki dan jururawat wanita dikenakan sogit RM15,000 atau bersamaan tiga ekor ternakan besar selepas didapati melanggar adat berkaitan mengahwini isteri atau suami orang lain.

Keputusan itu dibuat panel Mahkamah Anak Negeri (MAN) Keningau selepas meneliti keterangan, dokumen dan hujahan yang dikemukakan sepanjang prosiding melibatkan tuntutan adat saman ‘lapau’ yang difailkan oleh suami wanita berkenaan (plaintif).

Saman ‘lapau’ merupakan tuntutan di bawah adat Anak Negeri yang secara amnya merujuk kepada tuntutan terhadap pihak yang didakwa mengganggu atau merosakkan hubungan rumah tangga orang lain, termasuk melibatkan isu perkahwinan sedia ada yang belum dibubarkan menurut adat dan undang-undang berkaitan.

Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan tersebut adalah berasas serta disokong oleh bukti yang mencukupi menurut Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 dan Pindaan Undang-Undang Adat Anak Negeri 1995.

Mahkamah turut berpendapat bahawa pihak plaintif dan Defendan kedua (wanita) masih mempunyai hubungan perkahwinan yang sah berdasarkan rekod perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2018 serta telah dikurniakan dua orang anak.

Mahkamah turut meneliti isu berkaitan perkahwinan Defenden kedua dengan Defendan pertama ketika hubungan perkahwinan sedia ada dengan pihak plaintif masih belum dibubarkan.

Sepanjang prosiding, isu berkaitan pengisytiharan status perkahwinan Defenden kedua dalam dokumen yang melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JAHEINS) turut disentuh berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan di mahkamah.

Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa tindakan Defendan pertama mengahwini Defendan kedua ketika hubungan perkahwinan sedia ada masih belum dibubarkan merupakan satu pelanggaran adat di bawah Kaedah 19(1) berkaitan “Mengahwini isteri atau suami orang lain”.

Selain sogit utama bernilai RM15,000, kedua-dua defendan turut diperintah membayar sogit tambahan berkaitan dua anak Defendan kedua bernilai RM4,000.

Mahkamah turut menetapkan tempoh pembayaran selama 21 hari bekerja daripada tarikh keputusan dibacakan.

Kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil menurut peruntukan undang-undang berkaitan.

Dalam keputusan sama, mahkamah turut menasihatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan berbentuk penghinaan, ugutan atau kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah mana-mana pihak, khususnya di media sosial.

RELATED ARTICLES
Utama

SE ambil pendekatan berhemah susulan isu tular di media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular