HomeUtamaKumpulan Sawit Kinabalu serah zakat perniagaan RM4.5 juta kepada MUIS

Kumpulan Sawit Kinabalu serah zakat perniagaan RM4.5 juta kepada MUIS

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.5 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini pada Rabu.

Penyerahan zakat tersebut disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Hazem Mubarak Musa kepada Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Isnin Aliasnih dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Ketika ditemui media, Isnin berkata, jumlah kutipan zakat di Sabah bagi tahun 2026 setakat 13 Mei telah mencecah RM60.45 juta, manakala jumlah agihan zakat direkodkan sebanyak RM65.85 juta.

Menurut beliau, zakat penggajian mencatat kutipan tertinggi iaitu RM24.06 juta atau 39.8 peratus daripada keseluruhan kutipan zakat di negeri ini.

“Zakat perniagaan pula menyumbang RM14.64 juta, bersamaan 24.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan,” katanya.

Bagi agihan zakat, beliau berkata golongan fakir menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM25.19 juta atau 38.27 peratus, diikuti asnaf miskin sebanyak RM11.73 juta dan fisabilillah RM9.84 juta.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Datuk Ramlan Awang Ali.

Sementara itu, Hazem berkata pembayaran zakat berkenaan adalah hasil kutipan zakat perniagaan anak syarikat Sawit Kinabalu, Borneo Samudera Sdn Bhd, bagi tahun haul 2024 dan 2025.

Beliau berkata, Kumpulan Sawit Kinabalu akan terus komited melaksanakan tanggungjawab pembayaran zakat perniagaan sejajar dengan prestasi kewangan syarikat yang kukuh dan berkembang.

“Ini merupakan satu amanah yang diharapkan dapat memberi manfaat berterusan kepada golongan yang memerlukan, di samping menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat melalui institusi zakat negeri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Monsun barat daya bermula hari ini, berterusan hingga September

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular