HomeUtamaMasidi sokong inisiatif tingkat produktiviti sektor pertanian Sabah

Masidi sokong inisiatif tingkat produktiviti sektor pertanian Sabah

Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri lDatuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan diketuai oleh Menterinya Datuk Jamawi Jaafar, di pejabatnya di sini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan turut diberi taklimat oleh Pengurus Besar Lembaga Padi Dan Beras Negeri Sabah (LPBS) Datuk Dr Ramle Kasin berhubung perkembangan semasa industri padi dan beras di negeri ini.

Taklimat berkenaan merangkumi usaha memperkukuh pengeluaran padi tempatan, aspek keselamatan makanan serta inisiatif meningkatkan produktiviti sektor pertanian di Sabah.

Masidi berkata, kerajaan negeri komited menyokong usaha memperkasa industri padi dan beras bagi memastikan bekalan makanan negeri kekal stabil dan berkekalan.

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik luar bandar diperkasa, akses kesihatan rakyat lebih cekap — Hanifah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular