HomeUtamaPengawal keselamatan mengaku salah amang seksual murid perempuan

Pengawal keselamatan mengaku salah amang seksual murid perempuan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamatan akan dijatuhi hukuman pada 11 Jun ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh itu terhadap Mohd Firdaus Basir, 34, sementara menunggu fakta kes disediakan.

Mengikut pertuduhan tertuduh telah memeluk dan mencium pipi mangsa berusia 11 tahun sembilan bulan bagi maksud seksual, pada 13 Januari lalu jam 5.50 pagi di sebuah sekolah di Tuaran.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16 membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta sekurang-kurangnya dua sebatan, jika disabitkan.

Terdahulu, tertuduh, menukar pengakuannya kepada bersalah semasa kes itu disebut semula hari ini untuk penyerahan dokumen bagi tujuan perbicaraan.

Mohd Firdaus berkata setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan bertanya sama ada dia akan dijatuhkan hukuman tanpa belas kasihan.

Menjawab pertanyaan itu, Amir Shah menjelaskan hakim bukanlah “robot” yang menjatuhkan hukuman tanpa belas ihsan dan tertuduh masih akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan  sebelum hukuman diputuskan.

“Dengan rasa rendah diri, saya mengaku salah. Saya mohon diberi peluang untuk merayu,” kata tertuduh.

Timbalan Pendakwa Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh yang tidak diikat jamin tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

GPN Sabah perkukuh perlindungan pengguna melalui kerjasama rentas agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular