HomeUtamaWarga emas ditahan, simpan daging haiwan dilindungi

Warga emas ditahan, simpan daging haiwan dilindungi

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Seorang lelaki warga emas berusia 86 tahun ditahan selepas dipercayai menyimpan pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi, termasuk daging rusa, kijang dan landak dalam satu operasi bersepadu di Kampung Kalumpang, Jalan Tawau-Semporna, hari ini.

Operasi itu dijalankan oleh Unit Perisikan Siasatan Khas (WCB) dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL).

Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa menemukan sebuah peti sejuk yang disyaki mengandungi pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi. Turut dirampas ialah seekor tenggiling dan seekor monyet yang masih hidup.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki hidupan liar dan hasil hidupan liar tanpa permit atau dokumen yang sah.

Menurut JHL, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 serta dipenjarakan antara satu hingga lima tahun.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan hidupan liar dilindungi secara haram kepada pelancong di daerah Semporna.

Dalam kenyataan hari ini, JHL menegaskan bahawa pemilikan, perdagangan dan penyimpanan hidupan liar dilindungi tanpa kebenaran merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang.

JHL turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pemburuan atau perdagangan hidupan liar secara haram supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha pemuliharaan serta penguatkuasaan undang-undang.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dipenjara 18 bulan, didenda RM50,000 miliki 490 telur penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular