HomeUtamaKOPEKS perluas jaringan perniagaan bersama koperasi Brunei dan ANGKASA

KOPEKS perluas jaringan perniagaan bersama koperasi Brunei dan ANGKASA

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) menjalin kerjasama strategik dengan beberapa koperasi dari Negara Brunei Darussalam serta perniagaan bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Pengerusi KOPEKS, Datuk Dr Saat Ag Damit berkata, kerjasama itu adalah melalui Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei Berhad yang di bawahnya terdapat beberapa koperasi lain.

“Kita juga turut menandatangani kerjasama perniagaan dengan ANGKASA yang mana ANGKASA telah bersetuju menerima KOPEKS menerusi kerjasama perniagaan Pusat Dialisis di Wilayah Persekutuan Labuan, yang baru bermula operasi dua minggu lalu.

“Selain itu, KOPEKS juga sudah lebih 15 tahun berniaga dalam pajak gadai Islam Ar Rahnu bersama-sama dengan Rakyat Managements Servises (RMS).

“Sebagai rakan strategik dengan RMS selama lebih 15 tahun, KOPEKS telah banyak berkongsi pengalaman dalam perniagaan Ar Rahnu. Inilah yang mendorong kami membuka satu lagi cawangan baharu AR Rahnu di Tawau. 

“InsyAllah cawangan ini akan mula beroperasi pada bulan September tahun ini juga. Sehubungan dengan itu, kami akan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan RMS untuk cawangan baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Ke-49 KOPEKS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Dr Saat berkata, meskipun menjalankan perniagaan kredit bagi menjana sumber keuntunga, namun KOPEKS turut menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan dan sosial.

“Ia sama ada kalangan keluarga anggota KOPEKS mahupun masyarakat amnya, tetap kami santuni untuk program CSR mengikut keperluan semasa. Antara sumbangan program kemasyarakatan ini termasuklah – CSR pendidikan anak anak anggota, sumbangan bencana alam kepada masyarakat, tabung khairat anggota, atau anggota yang sakit tahap kritikal.

“Selain itu sumbangan untuk mengimarahkan masjid dan surau di Negeri ini, pelajar asnaf di sekolah rendah dan menengah, pelajar dan individu – tahap Orang Kurang Upaya dan ibu tunggal asnaf dalam beberapa kes tertentu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Koperasi di Sabah perlu berani transformasi perniagaan, teroka sektor baharu –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular