HomeUtamaTinggal lebih masa di Sabah, warga asing didenda RM10,000

Tinggal lebih masa di Sabah, warga asing didenda RM10,000

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Seorang warga Pakistan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa di Sabah.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Mursalin Khan pada Jumaat.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Bagaimanapun, tertuduh telah menjelaskan denda itu.

Mengikut pertuduhan, Mursalin didakwa tinggal lebih masa di Malaysia selama dua tahun, tiga bulan dan 29 hari selepas Pas Khas miliknya tamat tempoh pada 10 Februari 2024.

Tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu di kaunter Unit Rujukan Khas dan Kompaun, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Hairul Bona.

RELATED ARTICLES
Utama

Sawit Kinabalu teroka potensi industri nanas MD2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular