HomeUtamaAbang didakwa dua pertuduhan kesalahan seksual terhadap adik kandung

Abang didakwa dua pertuduhan kesalahan seksual terhadap adik kandung

Read Time:57 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 hingga 11 Disember untuk perbicaraan seorang pemuda yang berdepan dua pertuduhan kesalahan seksual terhadap adik perempuannya.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh perbicaraan terhadap pemuda berusia 20 tahun itu selepas dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan semasa sebutan kes pra-perbicaraan.

Pertuduhan pertama menyatakan pemuda itu didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang berusia 12 tahun pada 2 Januari lalu, kira-kira jam 9 pagi, di sebuah rumah di Manggatal.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pemuda itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada 4 Januari lalu, jam 9 pagi, di tempat yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh itu tidak diwakili oleh seorang peguam manakala kes itu didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim.

RELATED ARTICLES
Utama

Penganjur digesa patuhi Akta Perhimpunan Aman – PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular