HomeUtamaPelantikan pengerusi TDA pengiktirafan kepada anak Sabah - Liew Yun Fah

Pelantikan pengerusi TDA pengiktirafan kepada anak Sabah – Liew Yun Fah

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Pelantikan Tan Sri Liew Yun Fah sebagai Pengerusi Technology Depository Agency (TDA) disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar kepada anak Sabah, selain membuka peluang untuk memperkukuh pembangunan ekonomi berasaskan teknologi dan inovasi.

Liew berkata, amanah menerajui agensi strategik itu mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan anak Sabah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi negara berteraskan teknologi.

“Ini bukan sekadar penghormatan kepada saya, tetapi juga pengiktirafan terhadap keupayaan anak Sabah untuk menerajui agenda teknologi, inovasi dan pengkomersialan hasil penyelidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, di sini, hari ini.

Menurutnya, Sabah mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai hab ekonomi berasaskan teknologi, khususnya dalam bidang ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau, bioteknologi dan industri berasaskan inovasi.

Beliau berkata, kerjasama erat antara kerajaan, institusi pengajian tinggi dan sektor swasta mampu mempercepatkan pemindahan teknologi, menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negeri ini.

Katanya, usaha memperkukuh ekosistem inovasi itu penting bagi memastikan Sabah mampu bersaing dalam ekonomi masa depan, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Masjid Nur Hidayah perkasa komuniti menerusi kursus pembuatan meatball halal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular