HomeUtamaSMK Takis Papar Ulangi Sejarah, Kembali Catat GPS 3.14 STPM 2025

SMK Takis Papar Ulangi Sejarah, Kembali Catat GPS 3.14 STPM 2025

Read Time:56 Second

PAPAR: SMK Takis, Papar sekali lagi melakar sejarah apabila mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 3.14 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025, sekali gus mengulangi pencapaian cemerlang yang pernah diraih pada tahun 2014 ketika muncul sebagai sekolah terbaik di Sabah.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.22 mata berbanding GPS 2.92 yang direkodkan pada tahun 2024. Malah, keputusan tersebut turut mengatasi Gred Purata Kebangsaan dan Gred Purata Negeri Sabah.

Lebih membanggakan, SMK Takis berjaya mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus bagi sembilan tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan konsistensi kecemerlangan akademiknya.

Kejayaan tahun ini turut mengimbau kegemilangan pada 2014 apabila sekolah itu mencatat GPS yang sama, iaitu 3.14, dan dinobatkan sebagai sekolah terbaik di Sabah dalam peperiksaan STPM.

Dari segi pencapaian individu, seramai 49 calon berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 ke atas, manakala tiga calon mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh CGPA 4.00 atau 4 Flat.

Secara keseluruhannya, keputusan STPM 2025 membuktikan kecemerlangan berterusan SMK Takis, Papar hasil komitmen dan dedikasi warga sekolah serta kerjasama erat antara pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar dalam mengekalkan budaya kecemerlangan akademik.

RELATED ARTICLES
Utama

Perancis perkukuh kerjasama strategik dengan Sabah dalam tenaga hijau, ekonomi biru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular