HomeUtamaSabah komited perkasa pembangunan luar bandar, tingkat kesejahteraan rakyat

Sabah komited perkasa pembangunan luar bandar, tingkat kesejahteraan rakyat

Read Time:1 Minute, 6 Second

RANAU : Kerajaan Sabah terus komited dalam memastikan pembangunan dan penyediaan kemudahan di kawasan luar bandar diberi perhatian berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan, keselesaan serta kualiti hidup rakyat, di samping memudahkan urusan harian masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penyediaan kemudahan yang berkualiti bukan sahaja meningkatkan keselesaan penduduk, malah turut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat.

Beliau berkata, penyediaan kemudahan kepada rakyat turut dapat memperkukuh aktiviti sosial serta mewujudkan komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Penyediaan kemudahan seperti dewan serbaguna bukan sekadar ruang untuk penganjuran majlis dan aktiviti kemasyarakatan, tetapi juga berfungsi sebagai pusat penyatuan penduduk serta platform untuk mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna dan Sambutan Kaamatan Kampung Mohimboyon di sini, pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan setiap projek pembangunan dan penyediaan kemudahan dilaksanakan mengikut jadual serta mematuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan, agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat secara optimum.

“Sehubungan itu, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan, serta setiap rakyat berpeluang menikmati hasil kemajuan negeri secara adil dan saksama,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Masidi menyeru seluruh lapisan masyarakat agar terus memelihara semangat perpaduan, kerjasama dan saling menghormati sebagai asas kepada keharmonian serta kemajuan komuniti setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Hampir 20,000 permohonan kuota tambahan BUDI Diesel diluluskan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular