HomeUtamaJPN Sabah ambil tindakan segera insiden murid terjatuh di sekolah

JPN Sabah ambil tindakan segera insiden murid terjatuh di sekolah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil perhatian serius terhadap insiden seorang murid yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah di Papar baru-baru ini.

Dalam kenyataan media hari ini, JPN Sabah memaklumkan pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan awal kepada mangsa, memaklumkan kejadian kepada keluarga dan pihak polis, serta mengawal kawasan kejadian bagi mengelakkan suasana panik.

Menurut kenyataan itu, mangsa telah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital. Berdasarkan laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil.

JPN Sabah turut memaklumkan kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi mangsa terus diberi perhatian menerusi pemantauan berterusan, selain sokongan psikososial dan emosi turut disediakan kepada mangsa serta warga sekolah yang terkesan.

Katanya, JPN Sabah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

“Siasatan awal pihak sekolah mendapati tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan kesejahteraan mangsa, keluarga dan seluruh warga sekolah.

RELATED ARTICLES
Utama

Julita santuni mangsa kebakaran, salur bantuan kepada 11 keluarga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular