HomeUtamaLepas Jawatan Jika Serang Rakan Kerajaan Perpaduan Ketika PRN

Lepas Jawatan Jika Serang Rakan Kerajaan Perpaduan Ketika PRN

Read Time:54 Second

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau menegaskan, mana-mana individu yang memilih untuk berbuat demikian perlu melepaskan jawatan yang disandang kerana mereka terikat dengan tanggungjawab serta disiplin sebagai anggota pentadbiran Persekutuan.

Menurut Anwar, kerajaan tidak menghalang persaingan politik di peringkat negeri, namun perbezaan pendirian itu tidak boleh menjejaskan kerjasama yang sedang berjalan di peringkat Persekutuan.

Katanya, calon yang memegang jawatan dalam kerajaan masih boleh berkempen dan membangkitkan isu berkaitan negeri masing-masing, tetapi perlu mengelakkan serangan terhadap rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, pendirian itu dipersetujui selepas mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.

Anwar turut memberi amaran bahawa sekiranya terdapat pelanggaran terhadap prinsip berkenaan, beliau tidak akan teragak-agak meminta individu terbabit mengundurkan diri daripada jawatan mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Madani Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan di Ipoh, hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Peguam lapor polis, gesa siasatan menyeluruh insiden pelajar terjatuh di sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular