HomeUtamaDUN Sabah : Kompleks Sukan Membakut disenarai di bawah RMKe-13

DUN Sabah : Kompleks Sukan Membakut disenarai di bawah RMKe-13

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Pembinaan Kompleks Sukan Membakut telah disenaraikan di bawah projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13).

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihak Kementerian turut merancang untuk mewartakan tanah yang telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek berkenaan.

“Anggaran kos sebenar dan jangka masa pelaksanaan projek ini akan diperincikan selepas semua prosedur telah dipatuhi, seperti proses pengambilan tanah, kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Daud Yusof (Warisan- Bongawan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Isnin.

Sementara itu, Nizam berkata, Kementeriannya akan mempertimbangkan cadangan projek pembinaan Mini Kompleks Sukan Sungai Manila dibawah projek pembangunan Rancangan Malaysia yang akan datang.

“Cadangan ini tertakluk kepada ketersediaan tapak tanah yang sesuai dan kelulusan peruntukaan oleh Kerajaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dun Sabah : Adun Karambunai Ingatkan Kerajaan Mengenai Amanah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular