HomeUtamaEnam pelajar perempuan didakwa merusuh

Enam pelajar perempuan didakwa merusuh

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Enam pelajar perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan merusuh dalam kejadian yang videonya tular di media sosial.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 12 hingga 16 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun menggunakan kekerasan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu di luar pagar sebuah sekolah menengah di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mentetapkan 9 September sebutan semula bagi pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM).

Setiap tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan deposit RM500 berserta ibu atau ayah sebagai penjamin.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prabjit Singh Gill, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan Muhammad Munir Khan.

Sebelum ini, media pelaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu cedera dipercayai dibelasah oleh sekumpulan pelajar.

Kejadian terbongkar selepas rakaman video memaparkan mangsa dipukul tular di media sosial sejak 27 Mei lalu sebelum menerima perhatian ramai.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua kanak-kanak lemas mandi di kolam terbiar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular