HomeUtamaWarga Pakistan didenda RM10,000 kerana tinggal lebih masa di Sabah

Warga Pakistan didenda RM10,000 kerana tinggal lebih masa di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal lebih masa di Sabah.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Asfandyar, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh ditahan pada 7 Julai lalu di sebuah kedai di Plaza Kingfisher, Kuala Inanam, selepas Pas Khas yang dikeluarkan kepadanya didapati telah tamat tempoh.

Pas berkenaan hanya sah sehingga 1 Februari 2026, menyebabkan tertuduh tinggal lebih masa di Sabah selama lebih lima bulan.

Asfandyar didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, empat lelaki warga asing masing-masing didenda RM500 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan kerana melanggar syarat pas lawatan sosial sementara.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain terhadap pertuduhan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Baxter Junior Goh dan Mohd Hairul Bona mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah tidak setuju kuota diesel 200 liter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular