HomeUtamaKompleks Sukan Tongod dijangka siap dalam tempoh lapan bulan

Kompleks Sukan Tongod dijangka siap dalam tempoh lapan bulan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Projek sambungan pembinaan Kompleks Sukan Tongod dijangka siap dalam tempoh lapan bulan selepas pelaksanaannya bermula pada September tahun ini, sekali gus menyediakan kemudahan sukan yang lebih baik kepada penduduk di daerah Tongod.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan syarikat yang akan melaksanakan projek berkenaan, manakala kementeriannya kini sedang dalam proses mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat terbabit.

Beliau berkata, kerja-kerja di tapak pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja syarikat menerima surat tawaran dan memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam surat tawaran berkenaan.

“Kerja-kerja di tapak binaan projek akan dimulakan sebaik sahaja syarikat menerima tawaran ini dengan memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam surat tawaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Masiung Banah (Kuamut-GRS) mengenai status terkini pembinaan Kompleks Sukan Tongod pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, pada Khamis.

Nizam berkata, projek itu dijangka mula dilaksanakan pada September 2026 dengan tempoh pembinaan selama lapan bulan sebelum siap sepenuhnya.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kemudahan sukan di kawasan luar bandar bagi memastikan masyarakat, khususnya golongan belia, mendapat akses kepada infrastruktur sukan yang lebih lengkap dan berkualiti.

Kompleks Sukan Tongod juga dijangka menjadi pusat penganjuran pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi di daerah itu, sekali gus membantu mencungkil bakat atlet muda serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Sokong petani Sabah: Jamawi agih buah tempatan di DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular