HomeUtamaTapak parkir Wisma Pertanian akan dinaik taraf, kebun dapur contoh bakal diwujudkan

Tapak parkir Wisma Pertanian akan dinaik taraf, kebun dapur contoh bakal diwujudkan

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) akan menaik taraf tapak meletak kenderaan di Wisma Pertanian di sini dalam masa terdekat bagi meningkatkan keselesaan kakitangan serta orang ramai yang berurusan di kementerian berkenaan.

Jamawi (kiri) ketika melawat tapak parkir di Wisma Pertanian semalam.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, kerja-kerja naik taraf itu merupakan antara usaha kementerian dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik dan kondusif kepada warga kerja serta pelanggan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak meletak kenderaan Wisma Pertanian di sini pada Isnin bagi meninjau sendiri keadaan kawasan yang akan dinaik taraf.

Selain itu, Jamawi berkata, beliau turut merancang untuk mewujudkan kawasan kebun dapur di perkarangan tasik MAFFI sebagai projek contoh dan panduan kepada masyarakat yang berminat mengusahakan kebun dapur di kediaman masing-masing.

“Usaha ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat mengamalkan pertanian skala kecil, sekali gus menyokong agenda keterjaminan makanan serta membudayakan aktiviti bercucuk tanam selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

127 pelajar cemerlang Sabah bakal terima ABCNS, BKNS dan Anugerah MUIS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular