HomeUtamaCubaan curi kereta berakhir dengan penjara 16 bulan

Cubaan curi kereta berakhir dengan penjara 16 bulan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Cubaan curi kereta membawa padah kepada seorang lelaki apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan terhadapnya.

Majistret Marilyn Kelvin menjatuhkan hukuman itu terhadap Jamil Zaini, 60, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkap, iaitu 24 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, Jamil cuba mencuri sebuah Perodua Axia milik seorang lelaki di hadapan Kinabalu Golf Club,Tanjung Aru, kira-kira jam 6.35 petang pada 24 Jun lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Seksyen 379A memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda, manakala Seksyen 511 memperuntukkan tempoh pemenjaraan tidak melebihi separuh daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pemilik Perodua Axia berkenaan bertugas sebagai pengawal keselamatan di lokasi kejadian sebelum menyedari kelakuan mencurigakan tertuduh.

Pengadu memerhati tertuduh selama kira-kira 15 minit dan mendapati lelaki itu cuba membuka beberapa kenderaan yang berkunci sebelum berjaya membuka Perodua Axia miliknya.

Pengadu bertindak menahan tertuduh yang ketika itu berada di tempat duduk pemandu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Yusdi Basri.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu komuniti luar bandar perlu diselesaikan secara bersama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular