HomeUtamaRancang Belanja Hadapi Kenaikan Harga Barang

Rancang Belanja Hadapi Kenaikan Harga Barang

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Perancangan perbelanjaan secara berhemah dan memanfaatkan bantuan kerajaan antara langkah penting bagi membantu rakyat menghadapi kesan krisis bekalan global serta peningkatan kos sara hidup.

Suri rumah dari Beaufort, Ruhaimi Rawel, 40, berkata kenaikan harga barangan memberi kesan kepada perbelanjaan harian, namun bekalan makanan dan barangan keperluan di kawasan tempat tinggalnya masih mencukupi.

Ibu kepada lima anak itu berkata, rakyat perlu mengurus kewangan dengan bijak bagi memastikan keperluan asas keluarga terus dipenuhi.

Menurutnya, usaha kerajaan seperti pemantauan harga, kawalan bekalan serta bantuan kepada golongan memerlukan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban rakyat.

Beliau turut menggesa rakyat mengamalkan perbelanjaan berhemah, mengelakkan pembelian panik dan mengutamakan produk tempatan, manakala kerajaan terus memperkukuh pengeluaran makanan tempatan serta memperluaskan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, usahawan kecil dari Beaufort, Norainah Salleh, 51, berkata rakyat dan usahawan perlu proaktif mencari peluang bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau berkata, pelbagai bantuan kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan pendidikan banyak membantu meringankan beban keluarga dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Saya harap lebih banyak program pembangunan keusahawanan dan sokongan kepada usahawan kecil diteruskan bagi meningkatkan daya tahan ekonomi rakyat ketika berdepan cabaran krisis bekalan global,” kata Norainah yang juga seorang ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan berusia 21 tahun yang kini sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung.

RELATED ARTICLES
Utama

Lima didakwa kemuka dokumen palsu tuntutan insentif PERKESO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular